Terma Dan Syarat

DISCLAIMER Buku ini adalah rujukan kepada anda dan panduan untuk anda, bukan ilmu ghaib yang dengan mudah menyelesaikan masalah anda.

Buku ini mengajarkan anda praktikal dan teknik-teknik yang anda perlu amalkan. Jika setakat membaca tanpa mempraktikkan, tiada apa pun perkara yang akan berubah dalam hidup anda.

Semua isi dan material dalam buku ini adalah benar ketika ebook ini ditulis. Ianya adalah kompilasi ilmu, rujukan dan pengalaman penulis sendiri sejak bertahun-tahun dahulu. Tiada paksaan untuk anda mengikuti semua kandungan ebook ini dan anda bertanggungjawab ke atas setiap tindakan anda dari penggunaan isi kandungan buku ini.

Ebook ini sesuai dibaca oleh lelaki dan perempuan. Setiap tips akan di’highlight’kan samada ia sesuai untuk lelaki atau perempuan. Jangan sesekali berfikir bahawa hanya dengan membaca buku ini anda dengan mudahnya mendapatkan pasangan idaman anda!

Untuk memikat pasangan, anda harus berlatih sama seperti di alam persekolahan. Anda perlukan latihan dan ulangkaji. Hanya membaca buku tidak akan membawa anda kemana-mana, anda harus melakukannya di dunia ini dan berhadapan pelbagai kemungkinan samada baik atau buruk. Jika anda gagal, anda harus mencuba lagi sehingga anda berjaya menemui cinta anda.

Tiada kejayaan segera di dalam dunia ini. Kegagalan akan membawa anda ke satu ilmu baru yang akan membuahkan kejayaan pada akhirnya.

Oleh itu, bacalah apa yang saya sampaikan ini dengan teliti dan ambillah tindakan segera untuk menambah ilmu anda agar kejayaan memikat anda terjamin.

Klik disini untuk kembali ke laman utama